RIP Mr Rama... last bekerja dan jumpa Abg Rama hujung tahun 2020 masa rakaman teater Tun Kudu di DBP. Lepas tu dah PKP 2 pulak. Kerja, puasa, raya, PKP 3 pulak. Tak dapat jumpa buat kali terakhir...
Yes dia lagi Melayu drpd orang Melayu. Pandai berpantun, berpuitis. Bertutur bahasa Cina pun dia boleh. Banyak dah berlakon utk international cuma tak di war war kan. Masa jumpa hujung tahun lepas ni pun dia baru habis shooting dgn production luar negara. Alhamdulillah dapatlah dengar dia seronok bercerita suka duka dalam industri.
Terima kasih utk semuanya Mr Rama
Boleh tgk video semasa rakaman temubual ini. Suka duka yg dikongsikan oleh Mr Rama.
Part 1.
https://youtu.be/E5-ovJg14Z8
Part 2.
https://youtu.be/-Dyu1eSaG5M
♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️
*SALAM TAKZIAH*
Adalah dimaklumkan bahawa *Saudara Ramassuntran Rengan _(Naib Presiden, Persatuan Teater Malaysia)_ telah meninggal dunia di _Hospital Kuala Lumpur_ antara jam _2.00-2.30 pagi_ tadi. Isteri beliau telah menelefon kepada Presiden, Persatuan Teater Malaysia Sakrani Shamsuddin. Beliau mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan antara jam _12.00 pagi -12.30 pagi._ Sejam kemudian doktor mengesahkan bahawa Saudara Ramasundran telah tiada (beliau mempunyai sejarah masalah jantung). Semoga pemergian beliau berada dalam kesejahteraan.
*R.I.P* dari _Presiden dan Ahli Jawatankuasa, Persatuan Teater Malaysia_